Wednesday 3 August 2016

===KERANA KEREPEK PISANG : Air mataku berlinang ===

Alkisahnyer..
Saya membeli kerepek pisang yang sangat sedap dari kedai ke banting. Orang kata situ sedap. Sebab nak dpt yang sedap dan rangup.. Memang saya sanggup ke banting semata mata nak beli kerepek pisang yang yummy untuk raya.
.
Saya pun melesop 2 hari sebelum raya semata mata nak makan kerepek pisang tu dipagi raya.. Pagi tu saya amek cuti tahun untuk beli bimbang kalau datang malam akan tutup kedai tu.. Dan misi saya berjaya walaupun rasa penat. Tapi rasa best sangat sangat bile sepeket kerepek dapat dibeli dan kebetulan mereka tak jual kuantiti yang kecil. Tapi ntah macam mana. Taukey tu boleh plak dia ke dapor dan paketkan kerepek ala ala RM10. Saya pun balik dengan senyuman.
.
Menjelang malam raya. Saya pun keluarkan lah kerepek pisang idaman saya dan saya nak letak dalam bekas kueh raya di rumah. Malam raya memang berseri dengan adanya kerepek pisang saya tu.. Dan saya tak sabar nak raya kerepek pisang yang dinanti nanti..
.
Saya pun mengeluarkan kerepek saya yang menelan air liur dan saya dah tak sabar nak buka dan rasmikan..
.
Saya pun memegang kerepek tu dengan perasaan berbunga bunga bagaikan mendapat cahaya mata pertama.
.
Tetibe.. Krik krik krik..
Air mata saya berlinang..
.
Saya melihat berapa banyaknyer semut halus didalam paket kerepek pisang saya tu.. Namun, saya lekas lekas membuka dan mengasing semut tu sebab semuanya ok lagi setakat semut boleh dialihkan dan kemudian kerepek boleh dimakan.
.
Saya pun meniup niup manja dan semut tu tersisir dari kerepek tu. Lalu saya lekas lekas nak melepas hajat dengan memasukkan kerepek tu kedalam mulot.. Saya pun tanpa melengahkan masa lagi terus.. Ngappppp!!!
.
Sekali lagi.. Krik krik krik..
.
Kerepek tu bagaikan liat dan tak ranggup langsung. Saya pun rasa musnah harapan seperti yang saya bayangkan... Rangup dan bebunyi prak prak bile dimakan..
.
Rasa sedih dan bagaikan raya tak bermakna sebab kerepek itu lemau dan tak rangup.. Saya betul betul luluh hati..
.
Lalu, saya pun teringat tupperware yang direkemenkan oleh kawan saya Shafida.. Jenuh dia dok promote ONE TOUCH. Katanya one touch tu memang boleh mengelakkan serangga masuk dan kedap angin dan air. Pastinya kalau saya beli dulu .. Kerepek saya akan kekal rangup.
.
Nasi sudah menjadi bubur. Nyesal pun tak akan memberikan kerepek kembali rangup. Cume saya mengambil pengajaran dari peristiwa  yang berlaku. Sejak itu, saya terus membuat pelaburan untuk container makanan saya. Kekal segar dan kekal baik kondisinya..
.
Moral of the story..
ONE TOUCH membantu anda mengekalkan kesegaran dan kerangupan juadah anda.. Dan jugak apa sahaja bahan makanan seperti susu, gula dan apa sahaja bijirin.
.
Saya terus beli set ini..
Terima kasih Tupperware !!

Yang benar,
Siti Senrose

**testimoni customer saya

Belilah OT ini..
Hubungi saya
---->> 017-3621627
---->> 017-3621627
---->> 017-3621627

No comments:

Post a Comment