Friday 21 December 2018

Katalog Tupperware Terakhir 2018

🎈🎈 JUALAN PENGHARGAAN 🎈🎈
🎁 🎁 FREE GIFT untuk 10 terawal 🎁🎁

💯 Harga SUPER SPECIAL untuk semua customer Ratu Tupperware🎉🎉

✔ LIKE & SHARE page 👇👇dulu tau.. https://www.facebook.com/tupperware.online.tpw/

www.wasap.my/60173621627/special+offer

www.wasap.my/60173621627/special+offer

#ratutupperware #teampower #katalogtupperware #tupperwaremalaysia #tupperwareonline #tupperwareseller #tupperwareshop #kedaitupperware #tupperwareterbaru #stokistupperware #bisnestupperware #niagatupperware #tupperwaregift #promositupperware #tupperware2018 #ASGNO.1 #ASG 9 Years Champion Tupperware Brands Mal/Sin

CARA SIMPAN TUPPERWARE??

Admin nak bagi tau ni
Korang² yg dah lama pakai Tupperware tu tau tak cara penyimpanan yang betul? Tak tau kannnn😄😄

Tengok ni.. Camni cara simpan yang betul supaya Tupperware kita tak reput ditelan zaman.. Maklumlah koleksi banyak sangat tak tau nak pakai yanh mana dulu😁😁

Nahhhh hadam betul².  Kalau simpan cara camni baru la keadaan Tupperware tu lebih kemas dan tidak cepat reput..

Kalau ianya ditutup rapat.. akan menyebabkan aliran udara tak bertindak dengan sempurna.. Boleh menyebabkan penutup Tupperware anda pecah atau koyak..

Yer mmg boleh tukar FREE  kat stokis.. Tapi tak dapat la warna yang asal.. Ianya akan dapat warna yang berbeza dengan badan.. 🤗🤗

Tapi takpe la.. Janji dapat tukar.. Kannn.. So kalau buat cara camni dapatla kurangkan risiko kerosakan tu.. Betul tak? 

Okla. Sedikit Tips dari sis Fida..
Die pesan kalau ada apa² nak tanya pasal Tupperware boleh terus wasap die tau..
Xpa die tak marah.. Die baik.. Comel plak tu.. Ehhh!! 😂😂

Klik link wasap admin
👇👇👇
www.wasap.my/60173621627

Thursday 2 August 2018

💠KATALOG TUPPERWARE TERBARU💠

Tupperware Brands semua mahal2???
Kalau beli dgn HARGA KATALOG mmg mahal..
.
Nak HARGA BETUL2 EXTRA DISKAUN???
Haruslah boleh.. click sini ya..
.
www.wasap.my/60173621627/tupperware+extra+diskaun
.
LIKE fb page : Ratu Tupperware
https://www.facebook.com/tupperware.murah.lelong.online/
FOLLOW ig : ratu_tupperware
BLOG : tupperwarebrandsmalaysiatp.blogspot.com


#ratutupperware #katalogtupperware #tupperwaremalaysia #tupperwareonline #tupperwareseller #tupperwarediskaun #tupperwaremurah #tupperwarelelong #tupperwarebrands #tupperwareshop #kedaitupperware #tupperwareterbaru #stokistupperware #bisnestupperware #niagatupperware #hadiahkahwin #weedinggift #hadiahharijadi #birthdaygift #hampertupperware #tupperwaregift #tupperware2018 #tupperwareogos2018


Thursday 3 May 2018

10 ADAB BERBISNES

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan sejagat, manusia sering berhubung antara satu sama lain untuk memudahkan keperluan semasa. Ada di antara mereka menggunakan kemudahan teknologi yang ada bagi memudahkan gerak kerja, di samping itu juga medium teknologi yang ada diguna pakai untuk urusan perniagaan yang tiada sempadan.

Lambakan aplikasi teknologi  seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp, We Chat dan pelbagai lagi aplikasi yang ada di alam maya berjaya memudahkan urusan seharian sejumlah manusia. Kemudahan yang ada ini secara tidak langsung memendekkan masa dan berjaya menghubungkan dunia timur dengan barat.

Tidakkah ini semua menguntungkan kita selaku orang yang berniaga? Sudah tentu kita bersetuju bahawa kemudahan yang diwujudkan oleh kita sendiri berjaya membawa keuntungan diluar jangkaan. Tetapi tidakkah kita terfikir bahawa kita tercicir satu perkara yang tidak kurang pentingnya iaitu adab kita dalam berniaga?

Adab atau akhlak merupakan intipati dalam kehidupan kita selaku orang Islam. Kita disaran supaya mengikut bahkan wajib mengikuti sunnah-sunnah Rasullulah SAW. Pada kali ini penulis ingin berkongsi sedikit ilmu yang mana semakin habis ‘dimakan keuntungan’ perniagaan gara-gara kita terlepas pandang tentang adab kita dalam berniaga.



Agama Islam yang mulia ini bukan sahaja telah menggariskan panduan serta etika dalam berniaga, bahkan telah meletakkan senarai barang-barang yang boleh dijual beli dan ada juga yang diharamkan. Berikut merupakan antara adab-adab berniaga yang digariskan oleh syariat Islam:

1) Niat


Inilah perkara yang paling asas dalam memulakan setiap ibadah kita baik yang wajib mahupun yang sunat. Dalam kita menjalankan perniagaan kita akan bertanya dalam diri kita apa tujuan kita menceburkan diri dalam perniagaan dan seterusnya kita akan lebih bersikap tanggungjawab dan berhati-hati supaya tidak terjebak kepada yang haram. Hal ini disebabkan oleh kita telah niatkan semuanya kerana Allah.

2) Tidak Menjual Barang Yang Diharamkan


Sebagai seorang Islam yang berakal, kita ditegah daripada mendekati perkara yang diharamkan oleh syariat Islam sendiri. Dalam hal ini, kita disarankan supaya menghindari barang-barang yang diharamkan seperti dadah, arak, majalah porno dan lain-lain.

Bersabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis, maksudnya:


“Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu juga jelas, di antara kedua-duanya adalah syubhah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud ‘Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali perkara yang baik iaitu halal.’ (Hadis riwayat Muslim)

Inilah saranan kepada kita berdasarkan hadis baginda supaya kita berwaspada dalam berniaga. Boleh jadi bagi kita perkara ini seperti tidak membawa kesan, akan tetapi ingatlah berurus niaga barang yang haram inilah yang membawa kepada kerosakan dalam tamadun manusia.



3) Tidak Memonopoli Barang


Antara hak peniaga terhadap pelanggan ialah tidak menyekat barang keperluan asas yang mana ia menjadi nadi kehidupan keperluan isi rumah. Inilah yang dilarang oleh syariat Islam iaitu menyimpan barang dalam masa tertentu untuk dijual apabila berlaku peningkatan harga yang melambung tinggi.

Bahkan ia haram di sisi Islam kerana memberi kemudaratan kepada orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya;

“Siapa yang memonopoli makanan selama empat puluh hari maka ia terlepas daripada Allah dan Allah terlepas daripadanya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Al Hakimi)


Seandainya perkara ini berlaku, secara tidak langsung membawa kepada ketidakadilan dalam sosio ekonomi yang mana setiap rezeki Allah harus dikongsi bersama. Inilah garis panduan dalam berniaga, baik dalam skop yang besar mahupun yang kecil.

4) Mematuhi Perjanjian


Dalam setiap perniagaan, ada perjanjian atau MoU yang sering diadakan bagi memutuskan persetujuan antara dua pihak (pembeli dan penjual). Dalam syariat Islam, ia dipanggil akad jual beli. Dalam hal ini kita dilarang melanggar perjanjian yang telah disepakati kerana ia boleh membawa kepada kerugian atau hilang kepercayaan pada masa akan datang.

Ini sering berlaku dalam skop perniagaan yang mencecah ratusan ribu  mahupun jutaan ringgit yang mana memerlukan perjanjian serta sikap keterbukaan berdasarkan isi kandungan perjanjian.

Mari kita selak sebentar ayat al-Quran dalam surah Al-Maidah, ayat 1 yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah akad-akad itu.”


Lihatlah betapa pentingnya memenuhi perjanjian sehingga pada awal permulaan surah sudah ditegaskan oleh Allah. Betapa pentingnya kita menjaga isi kandungan perjanjian atau MoU ini dan janganlah kita  terikut-ikut sikap bangsa Yahudi yang sering kali mengingkari perjanjian yang ada sehingga dilaknat oleh Allah.



5) Mencatat Segala Urusan Jualan


Istilah resit pembelian atau akaun keluar masuk kewangan sering kali diguna pakai dalam setiap urusan pembelian. Hal ini bertujuan untuk mengukuhkan proses jual beli serta mengadakan proses jual beli di hadapan saksi yang dipercayai.

Dalam hal ini, Allah Taala ada berfirman:


“Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli.” (Surah al-Baqarah, ayat 282)


6) Bersikap Jujur


Jujur dan bersikap terbuka dan tidak menyembunyikan kecacatan yang terdapat pada barang yang diniagakan ketika menjualnya. Sifat ini merupakan sifat yang terpuji dan mudah mendapat kepercayaan orang ramai.

Sikap amanah yang terdapat pada diri penjual memberi tanda kepuasan kepada si pembeli. Tidakkah ini memberi tanda bahawa sifat mahmudah sudah ada di dalam jiwa kita?

Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda:


“Seorang Muslim itu adalah saudara Muslim lainnya, maka tidak halal bagi seorang Muslim membeli daripada saudaranya suatu pembelian yang ada cacatnya kecuali dijelaskan terlebih dahulu.” (Hadis riwayat Ahmad)


7) Menghindari Riba


Perkara yang tidak terlepas dikalangan kita pembeli mahupun penjual. Ia boleh berlaku baik di kalangan kita yang beragama Islam mahupun bukan. Sudah menjadi sinonim, perniagaan sering kali terlibat dengan riba sedangkan di dalam al-Quran, Allah Taala ada menyebut;

“Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah, ayat 275)


Inilah kayu ukur kita dalam menjalankan urusan jual beli dengan sekalian manusia di alam perniagaan. Inilah yang menyebabkan setiap perniagaan kita hilang keberkatannya hanya kerana kita “memandang sebelah mata”, sedangkan kita sudah ada disiplin ilmu dalam bab fiqh muamalat dalam hal ini.



8) Memastikan Barang Yang Dijual Halal


Hindarilah penjualan barang hasil curian atau mengambil hak orang tanpa hak (rampasan). Dalam hal ini, Allah Taala ada berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka diantara kamu.”(Surah an-Nisa’, ayat 29)


9) Menghindari Tipu Daya


Promosi, iklan, poster, pamplet atau sebagainya adalah antara cara sebaran umum kepada pembeli supaya barang kita habis penjualannya. Kita diajar supaya berhati-hati dengan promosi palsu atau jualan penghabisan stok yang mana kononnya untuk menghabiskan barang lama sehingga diberi kadar diskaun yang ‘melampau’.

Lebih-lebih lagi di zaman teknologi yang serba canggih ini, pelbagai promosi dilakukan oleh penjual demi menarik perhatian pelanggan walaupun perkara tersebut jelas bertentangan dengan Islam. Akses internet yang menjadi medium utama dalam menjalankan perniagaan sering kali diguna pakai untuk mengaburi mata pembeli. Walau apa pun, terpulang pada diri kita sendiri bagaimana cara kita menggunakannya.



10) Menjaga Syiar-syiar Islam


Menjaga segala perintah syarak dengan baik dan sentiasa menjauhi segala larangan Allah Taala merupakan kunci kejayaan kita di dunia. Sentiasa mendahulukan Allah dalam setiap aspek kehidupan kerana ia memberi kebaikan kepada diri kita sendiri. Contoh paling mudah ialah menjaga solat berjemaah, bersedekah, infak dan sebagainya.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang tidak melebihkan dunia daripada akhiratnya. Al-Quran ada menyebutkan tentang hal ini dalam surah an-Nur, ayat 37;

“Ibadat itu dikerjakan oleh orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta memberi zakat. Mereka takutkan hari kiamat yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”


Inilah serba sedikit adab-adab yang penulis ‘hidangkan’ kepada pembaca sekalian supaya kita sama-sama kembali kepada asasketika berniaga. Janganlah kita abaikan aspek ini kerana di sebalik perniagaan yang kita lakukan, ada berkatnya. Contoh tauladan dari Rasulullah s.a.w, para sahabat dan para ulamak patut dijadikan sebagai cerminan dalam memajukan perniagaan kita.

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak (manusia),” sabda Nabi Muhammad s.a.w.


Thursday 19 April 2018

Maksud Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim


Kita selalu berzikir dengan menyebut zikir secara berturutan seperti berikut: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim. Tetapi berapa ramaikah dari kita yang mengkaji apakah maksud zikir-zikir tersebut. Saya rasa dari segi bahasa hampir semua dari kita tahu maksudnya. Cuma dari segi huraian maksud setiap zikir tersebut tidak ramai yang tahu. Pada artikel kali ini saya akan menerangkan huraian maksud zikir tersebut.

1. Subhanallah
Subhanallah dari segi bahasa bermaksud Maha Suci Allah. Huraiannya ialah kita meyakini bahawa Allah itu Maha Bersih dan Maha Suci. Allah tidak melakukan kesilapan dan segala tindakanNya sentiasa betul. Saya bagi contoh. Di dalam dunia ini, ada manusia yang Allah pilih untuk beri hidayah dan ada manusia yang Allah pilih untuk tidak memberi hidayah. Ketahuilah bahwa Allah SWT itu langsung tidak memilih kasih. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah memang layak menerima hidayah itu berdasarkan usaha dan takdirnya manakala sesiapa yang tidak diberikan hidayah oleh Allah SWT, dia memang tidak layak menerima hidayah tersebut berdasarkan usaha dan takdirnya juga.

Allah SWT langsung tidak serupa dengan manusia yang suka pilih kasih apabila memberi sesuatu. Contohnya bos yang asyik pilih kasih apabila memberi markah cemerlang dan pangkat walaupun mungkin ada orang lain yang sama/lebih layak untuk menerima markah cemerlang dan pangkat tersebut. Contoh yang lain apabila seseorang lelaki itu berkahwin empat. Adalah mustahil untuk dia menyintai keempat-empat isterinya dengan sama rata. Soal hati itu tidak dikira berdosa kerana itu sifat semulajadi manusia. Yang penting dia mestilah berlaku adil terhadap isteri-isterinya dengan memberikan hak mereka seperti nafkah zahir dan batin, giliran yang bersesuaian dsb.

2. Alhamdulillah
Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji itu hanya untuk Allah. Dari segi huraian maksudnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Apabila ada orang yang memuji kita samaada hebat, hensem atau kaya, kembalikanlah pujian tersebut kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah. Janganlah kita merasa hebat dengan apa yang kita miliki samaada ilmu, pangkat, harta dsb kerana semuanya adalah kurniaan dari Allah. Ada orang yang merasa dia hebat kerana berjaya menjawat pangkat yang tinggi dalam syarikat. Siapakah yang telah memberikannya otak dan kepandaian sehingga dia layak menjawat jawatan tersebut? jawapannya ialah Allah. Sebenarnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Di akhirat nanti, kita akan ditanya oleh Allah apakah yang telah kita buat dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Ucapkanlah Alhamdulillah juga untuk bersyukur terhadap segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.

Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas


nescaya akan dibalas dengan Rahmat dariNya


dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya


Insya Allah akan bertambah nikmatnya


3. Lailahaillah
Maksud Lailahaillah ialah tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hanya patut menyembah Allah semata-mata dan bukannya benda-benda lain di dunia ini. Kalau zaman dulu, masyarakat jahiliah menyembah berhala. Tapi zaman sekarang ini ada manusia yang bertuhankan benda seperti wang, wanita, pangkat, manusia dsb. Maksud bertuhankan benda ini ialah sanggup melakukan apa sahaja tidak kira halal atau haram untuk mendapatkan benda tersebut. Wang, wanita, pangkat dan lain-lain tidak salah untuk dimiliki tetapi perlu dimiliki dengan cara halal seperti bekerja, berkahwin dan jujur. Bukan dengan cara haram seperti menipu, mencuri, makan rasuah, berzina dsb. Ada orang yang sanggup bekerja dengan kuat tanpa menghiraukan solat 5 waktu kepada Allah SWT. Bukankah seolah-oleh dia telah bertuhankan wang dengan mengabaikan Allah SWT? Bukankah dia seolah-olah telah syirik kepada Allah SWT? berhati-hatilah dengan syirik kerana syirik termasuk dalam dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT kecuali dengan bertaubat Nasuha iaitu taubat yang bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi lagi dosa tersebut.

4. Allahu Akbar
Dari segi bahasa Allahu Akbar bermaksud Allah Maha Besar. Huraian bagi maksud Allahu Akbar ialah Allah itu Maha Besar dan Hebat. Dia boleh berbuat apa sahaja yang dia kehendaki dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan segala tindakanNya itu. Tiada siapapun yang layak menyoal Allah tentang segala tindakan dan keputusanNya bahkan makhluklah yang akan disoal oleh Allah SWT di akhirat nanti tentang apa yang mereka kerjakan. 

Allah berfirman: Dia (Allah) tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak. (Al-Anbiya' 21:23)

Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha luas. Sekiranya dibuat perbandingan ilmu Allah dengan ilmu makhluk itu, ilmu Allah itu seumpama satu lautan yang luas sedangkan ilmu makhluk itu seumpama setitis air dari lautan tersebut, bahkan lebih sedikit dari itu. Jadi layakkah kita mempertikaikan keputusan Allah terhadap kita dengan ilmu kita yang sedikit ini? Oleh itu, kita tidak boleh sama sekali membesarkan benda lain selain dari Allah SWT. Kesemua kita adalah hamba Allah yang tertakluk kepada hukum syariat yang telah ditetapkanNya. kita mestilah mengikut segala hukum syariat Allah untuk membesar dan mengagungkanNya.

5. Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim
Maksud Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim ialah tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hendaklah takut hanya kepada Allah dan bukan kepada makhluk kerana makhluk itu langsung tiada kuasa. Kekuasaan makhluk itu hanya sekadar yang diizinkan oleh Allah SWT. Janganlah takut dengan hantu, orang yang berpangkat besar, orang kafir, orang munafik, orang jahat dsb. Takutlah hanya kepada Allah SWT. Sesiapa yang takut kepada Allah SWT, semua makhluk akan takut kepadanya kerana tidak kira siapa sahaja langsung tiada kuasa untuk menyakiti diri anda kecuali diizinkan oleh Allah SWT.

Akhir kata, di antara fadhilat berzikir dengan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim adalah seperti 3 hadis berikut:

Hadis 1
Ketika Siti Fatimah r.a. puteri baginda Rasulullah s.a.w. merayukan halnya kepada baginda dengan berkata:
"Ya Rasulullah, berikan kepadaku seorang hamba (khadam) agar aku dapat mengatasi kesukaran-kesukaran yang ku alami dalam menyelenggarakan urusan-urusan rumah-tangga ku." Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hendaklah kau ucapkan: SUBHANALLAHI sebanyak 33 kali ALHAMDULILLAHI sebanyak 33 kali dan ALLAHU AKBAR sebanyak 34 kali sebelum tidur di malam hari."
Lantas baginda Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Ini lebih baik bagimu daripada khadam yang kau mintakan itu."

Hadis 2
Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat R.Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya. (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).

Keterangan
Dalam hadith dinyatakan "Kalimat ini akan berada dihadapan pembacanya: bermaksud ialah dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan :berada disebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud dia akan melindungi pembacanya dari segala azab dan siksa.

Hadis 3
Riwayat Muslim menjelaskan bahawa barangsiapa bertasbih (Subhanallah) setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali, kemudian digenapkan dengan mengucapkan Lailaha Illallah Wahdahula Syarikalahu Walahulhamduyuhyi Wayumitu Wahuwa Ala Kulli Syaiin Qadir, nescaya akan diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. 


Wednesday 4 April 2018

🚱 5 JENIS AIR YANG BAHAYA JIKA DIMINUM 🚱

🚱🚱🚱Jangan Ambil Ringan⚠⚠⚠

Air adalah 1 keperluan yang paling penting dalam tubuh badan kita.8 gelas sehari yang disyorkan untuk memenuhi keperluan kita sehari.Tetapi dalam keadaan tertentu air juga boleh menjadi racun kepada badan manusia.
.

Terdapat 5 jenis air yang bahaya jika diminum.

💧Air Mati💧
Air mati adalah air yang disimpan dalam tempoh yang terlampau lama dan tidak digunakan atau diminum.Ia akan mengakibatkan melambatkan proses pembesaran sel metabolisme kanak², dan mempercepatkan proses penuan.
.

💧Air Yang Didih Dengan Lama💧
Mendidihkan air dengan terlalu lama ia akan mengakibatkan penambahan kalsium magnesium atau kandungan logam lain dan nitrit.Air ini bahaya jika diminum kerana akan mengakibatkan gangguan pada fungsi usus.
.

💧Air Lebihan Kukusan💧
Minum air jenis ini akan mengakibat perubahan patalogis pada sistem pencernaan, saraf, dan pegahasilan darah.
.

💧Air Yang Tidak Dimasak💧
Air yang tidak diamasak tidak sesuai untuk diminum kerana ia masih mempunyai klorin.Klorin mampu menghilang zat yang terdapat didalam air.
.

💧Air Yang Dimasak Kembali💧
Ini selalu berlaku, sisa air yang sudah dimasak, dimasak kembali bagi kerana inginkan air panas. Perlakuan ini akan mengakibatkan kandungan nitrit dalam air bertambah.
.
#infosihat
#petuaoranglama
#smileybottles
#tupperwarebrands

Saturday 13 January 2018

»»KATALOG TERBARU JANUARI 2018««

Tupperware Brands semua mahal2???
Kalau beli dgn HARGA KATALOG mmg mahal..
.
Nak HARGA BETUL2 EXTRA DISKAUN???
Haruslah boleh.. click sini ya..
.
www.wasap.my/60173621627/tupperware+extra+diskaun
.
LIKE fb page : Ratu Tupperware
https://www.facebook.com/tupperware.murah.lelong.online/
FOLLOW ig : ratu_tupperware
BLOG : tupperwarebrandsmalaysiatp.blogspot.com

#ratutupperware #katalogtupperware #tupperwaremalaysia #tupperwareonline #tupperwareseller #tupperwarediskaun #tupperwaremurah #tupperwarelelong #tupperwarebrands #tupperwareshop #kedaitupperware #tupperwareterbaru #stokistupperware #bisnestupperware #niagatupperware #hadiahkahwin #weedinggift #hadiahharijadi #birthdaygift #hampertupperware #tupperwaregift #tupperware2018